Saturday, December 19, 2015

Keuntungan McDonald's Kembali Kepada Negara


Sepanjang 30 tahun operasi McDonald's Malaysia (MY), mereka amat aktif dalam melakukan kerja-kerja tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Usaha ini sebagai sumbangan dalam mengembalikan sebahagian keuntungan syarikat kepada masyarakat. 

Dalam kesibukan segelintir kecil rakyat memboikot serta melemparkan pelbagai fitnah terhadap rangkaian makanan segera tersebut. Pihak McDonald's MY terus melakukan kerja amal memberi bantuan kepada yang memerlukan. Pelbagai aktiviti telah dilaksana oleh pihak McDonald's MY sebelum ini seperti membantu mangsa banjir, anak yatim dan lain-lain. 

Pada Mei 2015, McDonald's MY telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM425,000 kepada sekolah-sekolah di Terengganu dan Kelantan. Sumbangan itu dipecahkan kepada dua, yakni RM200,000 diberikan kepada 15 buah sekolah di Dungun, Kemaman dan Kuala Terengganu. Mankala RM225,000 lagi disumbangkan kepada 19 buah sekolah di Kuala Krai dan Dabong di Kelantan. 

Selain itu, sekumpulan sukarelawan McDonald's MY juga turut dibawa ke negeri-negeri terjejas banjir bagi melancarkan kerja-kerja pembersihan. Mungkin ramai tidak pernah melihat usaha murni McDonald's MY kerana telah dikaburi dengan fitnah yang bertali arus. Kegiatan ini bukan baru-baru ini dibuat dan bantuan diberikan tanpa mengira warna kulit dan agama.

Dalam carian kerja amal McDonald's yang lain, dapati pada Februari 2012, pihak McDonald's telah menghulurkan bantuan kepada 107 anak yatim penghuni Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Johor (Rumah Berkat). Terbaru, McDonald's terlibat pula dalam menaja program ceramah Santai bersama Ustaz Kazim Elias di kawasan Felda Tun Abdul Razak, Jengka, Pahang. 



Kita tahu,kebiasaannya keuntungan syarikat akan dikembalikan kepada negara dalam bentuk gaji para pekerja, bayaran kepada pembekal, sewa dan lain-lain. Tidak lupa juga pembayaran cukai kepada kerajaan Malaysia yang menjadi sebahagian daripada pendapatan negara. McDonald's MY tidak lari dari tanggungjawab kepada negara, namun susulan daripada itu yang tidak diketahui ramai melalui kerja amal, bantuan dan program keagamaan.



Namun kerja-kerja amal yang dilakukan oleh McDonald's MY selama ini tidak mendapat liputan. Tidak perlu publisiti untuk perkara begini, tetapi bila ramai yang memfitnah McDonald's Yahudi dan sebagainya. Perlu jugalah kita lampirkan semua ini. Kepada yang sibuk memboikot, mungkin pertama kali mendengar sumbangan bantuan dan kerja amal yang McDonald's MY lakukan ini. Ini hanyalah sebahagian kecil, cerita-cerita menarik mengenai sumbangan yang lain akan diwarwarkan di masa-masa akan datang.

Jadi tanya pada diri anda sendiri! Adakah ini ciri-ciri organisasi yang menyokong keganasan? Adakah ini sikap zalim yang cuba digambarkan? Jadi hentikanlah memboikot McDonald's. Kerana setakat beberapa artikel ini, perisik dapati tidak nampak asas kukuh dalam melakukannya. 

No comments:

Post a Comment