Wednesday, December 23, 2015

McDonald's "Matching Gift" Disalahtafsir


Sebelum ini McDonald's dituduh menyalurkan dana kepada Israel dengan duit Royalti. Namun perkara ini bercanggah dan ia telah diperjelaskan panjang lebar di artikel-artikel sebelum ini. Apa yang pasti tiada satu bukti dalam laporan audit menunjukkan duit Royalti disalur ke Israel.

Kini pemboikot tampil dengan satu lagi pertikaian kononnya bukti-bukti kukuh yang McDonald's menyalurkan dana ke Israel.  Dana ini disalurkan melalui melalui Pemberian Sepadan(Matching Gift) dan mereka dakwa ianya digunakan bagi membiayai operasi ketenteraan. Pemberian ini dibuat kepada sebuah badan yahudi iaitu Jewish United Fund (JUF).


Jangan terlalu lekas menjatuhkan hukum, sebaiknya kita perlu fahami dulu apa itu Matching Gift dan bagaimana kaitannya pula dengan JUF. Dari pengamatan perisik, kebanyakan yang memboikot tidak tahu menahu langsung tentang terma Matching Gift ini. Ramai sekadar faham ia bermaksud derma, tetapi adakah ramai tahu bagaimana prosesnya?

Matching Gift ini merupakan satu program sumbangan yang sudah menjadi budaya dan amal kebajikan dalam syarikat-syarikat besar di Amerika Syarikat. Perkara ini amat asing bagi rakyat Malaysia. Malah boleh dikatakan tidak ada langsung syarikat yang menjalankan program sebegini di Malaysia.


Program ini ditentukan oleh kakitangan/pekerja dari sudut nilai dan kepada siapa yang hendak didermakan. Manakala majikan pula akan menderma mengikut nilai yang  sepadan. Contohnya, jika pekerja ingin menderma RM100 kepada Institut Kanser, bermakna majikan akan menambahkan nilai sepadan iaitu RM100 juga. Bermakna RM200 disalurkan kepada Institut Kanser.


McDonald's Amerika Syarikat (AS) turut sama mengadaptasi program ini dan pada 2013 hingga pertengahan 2014, terdapat hampir  3,000 pekerja kepada berbagai-bagai badan kebajikan yang dipadankan oleh McDonald's AS. JUF adalah salah satu daripadanya. 


Seperti dinyatakan tadi, pemberian matching gift ini ditentukan oleh pekerja Bermakna pekerja McDonald's sendiri tentukan awal-awal bahawa sumbangan mereka disalurkan kepada JUF. Tapi ada juga badan-badan kebajikan Islam yang menerima faedah melalui Matching Gift. Jelaslah keputusan memberi sumbangan kepada JUF ini bukanlah keputusan McDonald's AS. 




Artikel berkaitan:
McDonald's "Matching Gift" Disalahtafsir
Keuntungan McDonald's Kembali Kepada Negara
Royalti McDonald's Bukan Duit Darah Palestine
McDonald's AS Bukan Milik Yahudi!
Boikot McDonald's: Tindakan Ala Zionis Rakyat Malaysia?

No comments:

Post a Comment