Wednesday, December 16, 2015

Royalti McDonald's Bukan Duit Darah Palestine


Selepas menuduh McDonald's sebagai syarikat dimiliki oleh Yahudi. Tuduhan lain yang sering kita terima dari pemboikot adalah Royalti McDonald's Malaysia (MY) yang disalurkan kepada McDonald's Corporation (AS) digunakan untuk mebiayai operasi ketenteraan Israel.

Jika pembaca meneliti penjelasan perisik di artikel sebelum ini, sudah tentu faham dakwaan ini merupakan satu lagi fitnah. Sebagai sebuah syarikat senarai awam, McDonald's AS dan MY perlu ikut peraturan ditetapkan suruhanjaya sekuriti dengan melampirkan laporan audit kepada awam. Tiada satu pun bukti ditemui dalam mana-mana laporan audit yang menunjukkan McDonald's MY mahupun McDonald's AS menyalurkan royalti kepada Israel.

Kita faham usaha boikot ini adalah sebagai satu amaran buat Israel yang tidak henti-henti membantai umat Islam Palestine. Tapi janganlah kita membuta-tuli membantai 85% umat Islam yang terlibat dalam perniagaan McDonald's Malaysia dengan fitnah-fitnah begini.

Disebabkan sebaran merosakkan imej McDonald's telah dibuat lama. Jadi penjelasan tentang hal ini perlu dilakukan bagi mengengkang kecelaruan fakta. Kerana itu yang berlaku sekarang, ada kalangan pengguna menyangka selama ini royalti Mc Donald's memang disalur ke Israel.

Sekali lagi hendak ditegaskan bahawa tiada sebarang hasil jualan, keuntungan, royalti, deviden McDonald's disalurkan kepada Israel. Dalam perihal royalti yang dijadikan isu disini, ramai yang tidak memahami secara total bagaimana proses pembayaran dan berapa banyak yang telah dikembalikan kepada Malaysia dalam pelbagai bentuk. 



Pembayaran royalti bukan satu yang asing bagi syarikat yang menjalankan perniagaan franchise. Antara bayaran royalti yang dibayar adalah bagi mendapatkan lesen/hak untuk menjalankan perniagaan atas jenama McDonald's. Di Malaysia, banyak perniagaan lain mengadaptasi perniagaan franchise ini. Ia bukan hanya melibatkan industri makanan. Setiap franchisee yang menggunakan jenama perniagaan, perlu membayar sejumlah amaun kepada frachisor.

Setiap bayaran royalti tersebut sama ada kecil atau besar, tetap akan terpampang dalam laporan audit McDonald's MY dan AS. Tiada maklumat yang terselindung. Dua perkara sudah jelas setakat disini, iaitu McDonald's bukan syarikat milik yahudi dan tiada royalti disalurkan kepada operasi tentera Israel.

No comments:

Post a Comment